Belog Ananis Pink is Chenta: 2011

Tuesday, March 1, 2011

indahnya alam

entry kali nie lia nak share sket hasil lia ikut someone nie pegi shoot.. anyway, lia sgt kagum dengan hasilnye..

cantik kn?? pada pendapat lia, nak hasilkan pic mcm nie perlu kreatif n berseni .. :)
klw nk harapkan lia nk shoot n edit pic nie mmg buang masa je.. lg rosak gambar ade r..
apa2 pun tahniah awak.. sbb boleh hasilkn pic mcm nie.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, February 26, 2011

Buah-BuahaN vs KaJiaN

Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing-masing. Kaedah ini juga dikenali sebagai “Science of Fructology”..
Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia.



1-JENIS LIMAU… Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali.
Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu.
Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu.



2-BUAH-BUAHAN TROPIKA…
Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas.
Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar berseronok.



3-JENIS BUAH LADANG…
Contohnya seperti epal dan pear.
Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu.Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.
Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd individu lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm setiap perkara yg kamu lakukan.

4-JENIS TEMBIKAI…
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.
Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan.Bagi diri kamu,wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain.
Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantic.Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yg berhati-hati.



5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI…
Contohnya seperti blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur dan tomato.
Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain.Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik.Kamu bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan2 yg berperasa lain dari yg lain.
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti.

6-JENIS KEKACANG…
Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain.
Kamu ini “moody” lah!!Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.
Untuk mengenali kamu,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg yg berpendirian.

7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU…
Contohnya kundur.
Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat.Kamu adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu miliki.Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlmyg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, February 19, 2011

Halatuju Sekolah Wawasan



            Sekolah wawasan merupakan suatu usaha pemimpin Negara untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Sekolah yang terasing disatukan dalam satu system pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara untuk menghasilkan rakyat yang mempunyai semangat baru bagi meneruskan wadah wawasan negara.
            Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Jadi, orang Melayu mampu menguasai budaya bangsa lain dan begitu juga kaum lain. Pengujudan Sekolah Wawasan mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya. Ini kerana dalam system itu bukan sahaja bangsa Melayu yang akan bersekolah berkenaan tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama. Lantaran daripada pertemuan itu, satu wadah pendidikan akan mewujudkan pertembungan budaya dan bangsa.
            Sekolah wawasan memerlukan satu system pendidikan yang jitu. Penyediaan keperluan pendidikan perlu selaras dengan hasrat dan matlamat penubuhan sekolah berkenaan. Sistem pendidikan di Malaysia adalah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan di kalangan kaum. Dalam erti kata lain berupaya menghakis semua gejala yang boleh memecah belah rakyat seperti semangat perkauman yang merebak dan perasaan kedaerahan yang melampau.
            Sekolah Wawasan tidak akan menghapuskan identity SRJK tetapi Sekolah Wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK, SRJKC dan SRJKT dalam satu kawasan. Dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, perpustakaan dan pelbagai lagi secara bersama. Manakala setiap sekolah tetap mempunyai bangunan dan pentadbiran mereka sendiri. Dengan cara ini dapat menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud antara pelbagai kaum di negara ini.
Kebaikan
            Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan perpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Sekolah Wawasan menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan akan membolahkan pelajar SRJK menguasai bahasa melayu. Dengan adanya interaksi pelajar pelbagai keturunan membuka ruang untuk mereka berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama membolehkan mereka memahami budaya, bahasa serta pemikiran daripada kaum lain.
Antara kebaikan penubuhan Sekolah Wawasan ialah :
·         Peluang kepada pentadbir, guru-guru dan kakitangan sokongan dari setiap sekolah untuk berinteraksi, berkongsi pendapat dan pengalaman.
·         Kesempatan kepada warga sekolah membudayakan nilai-nilai murni.
·         Mewujudkan persaingan yang sihat dari pelbagai aspek.
·         Mewujudkan perkongsian kemahiran pengajaran dan kemudahan peralatan pnp.
·         Memantapkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
·         Peluang mewujudkan masyarakat sekitar lebih harmonis.

Keburukan
            Pengumpulan pelajar secara pemusatan akan menemukan kepelbagaian dalam budaya, agama, ras, social dan ekonomi setiap ahli berkenaan. Sekiramya faktor ini tidak diseimbangi dengan betul, wujud kecenderungan pelajar melakukan sesuatu diluar jangkaan.
            Sungguhpun sekolah sedia ada masih terasing, institusi sekolah gagal mangawal keruntuhan disiplin pelajar mereka. Pendidik pula perlu menyiapkan diri dari segi mental dan kerohanian. Jika pendidik tidak mempunyai ketahanan kendiri yang kuat, konsep Sekolah Wawasan akan dianggap kabur dan gagal untuk melahirkan individu yang diingini negara. Masyarakat Cina begitu gusar dan bimbang dengan konsep Sekolah Wawasan akan mengaburkan identity SRJK yang didukung selama ini. Mereka juga khuatir kewujudan sekolah tersebut akan menjejaskan pentadbiran SRJKC dan penggunaan bahasa ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen