Belog Ananis Pink is Chenta: Halatuju Sekolah Wawasan

Saturday, February 19, 2011

Halatuju Sekolah Wawasan



            Sekolah wawasan merupakan suatu usaha pemimpin Negara untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Sekolah yang terasing disatukan dalam satu system pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara untuk menghasilkan rakyat yang mempunyai semangat baru bagi meneruskan wadah wawasan negara.
            Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Jadi, orang Melayu mampu menguasai budaya bangsa lain dan begitu juga kaum lain. Pengujudan Sekolah Wawasan mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk mencintai negara sepenuhnya. Ini kerana dalam system itu bukan sahaja bangsa Melayu yang akan bersekolah berkenaan tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama. Lantaran daripada pertemuan itu, satu wadah pendidikan akan mewujudkan pertembungan budaya dan bangsa.
            Sekolah wawasan memerlukan satu system pendidikan yang jitu. Penyediaan keperluan pendidikan perlu selaras dengan hasrat dan matlamat penubuhan sekolah berkenaan. Sistem pendidikan di Malaysia adalah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan di kalangan kaum. Dalam erti kata lain berupaya menghakis semua gejala yang boleh memecah belah rakyat seperti semangat perkauman yang merebak dan perasaan kedaerahan yang melampau.
            Sekolah Wawasan tidak akan menghapuskan identity SRJK tetapi Sekolah Wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK, SRJKC dan SRJKT dalam satu kawasan. Dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, perpustakaan dan pelbagai lagi secara bersama. Manakala setiap sekolah tetap mempunyai bangunan dan pentadbiran mereka sendiri. Dengan cara ini dapat menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud antara pelbagai kaum di negara ini.
Kebaikan
            Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan perpaduan yang sudah sedia ada terjalin kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Sekolah Wawasan menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan akan membolahkan pelajar SRJK menguasai bahasa melayu. Dengan adanya interaksi pelajar pelbagai keturunan membuka ruang untuk mereka berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama membolehkan mereka memahami budaya, bahasa serta pemikiran daripada kaum lain.
Antara kebaikan penubuhan Sekolah Wawasan ialah :
·         Peluang kepada pentadbir, guru-guru dan kakitangan sokongan dari setiap sekolah untuk berinteraksi, berkongsi pendapat dan pengalaman.
·         Kesempatan kepada warga sekolah membudayakan nilai-nilai murni.
·         Mewujudkan persaingan yang sihat dari pelbagai aspek.
·         Mewujudkan perkongsian kemahiran pengajaran dan kemudahan peralatan pnp.
·         Memantapkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
·         Peluang mewujudkan masyarakat sekitar lebih harmonis.

Keburukan
            Pengumpulan pelajar secara pemusatan akan menemukan kepelbagaian dalam budaya, agama, ras, social dan ekonomi setiap ahli berkenaan. Sekiramya faktor ini tidak diseimbangi dengan betul, wujud kecenderungan pelajar melakukan sesuatu diluar jangkaan.
            Sungguhpun sekolah sedia ada masih terasing, institusi sekolah gagal mangawal keruntuhan disiplin pelajar mereka. Pendidik pula perlu menyiapkan diri dari segi mental dan kerohanian. Jika pendidik tidak mempunyai ketahanan kendiri yang kuat, konsep Sekolah Wawasan akan dianggap kabur dan gagal untuk melahirkan individu yang diingini negara. Masyarakat Cina begitu gusar dan bimbang dengan konsep Sekolah Wawasan akan mengaburkan identity SRJK yang didukung selama ini. Mereka juga khuatir kewujudan sekolah tersebut akan menjejaskan pentadbiran SRJKC dan penggunaan bahasa ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen