Belog Ananis Pink is Chenta: October 2013

Friday, October 25, 2013

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS


Definisi terapi
  • Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. ‘usaha untuk memulihkan kesihatan orang yang sedang sakit’
Keperluan terapi utk murid PK
  • Kesediaan utk belajar dr segi mental,fizikal,emosi dan sosialisasi
  • Ketahanan diri utk belajar/bekerja dlm jangka masa yg lama
  • Sebagai motivasi kpd murid
  • Membina konsep kendiri
  • Merangsang pengalian darah dan oksigen
  • Meningkatkan komunikasi
Kepentingan terapi
  • Meningkatkan kemahiran pengamatan (pendengaran dan penglihatan)
  • Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid.
  • Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri.
  • Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
  • Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
  • Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
  • Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
  • Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.

Jenis terapi
  • Fisio
  • Cara kerja
  • Pertuturan
  • Muzik dan nyanyian
  • Seni visual
  • Hidro
  • Pergerakan kreatif
  • Main
  • Alternatif
    • Aroma
    • Herba
    • Ozon
    • Floortime
    • Pasir
    • Haiwan
    • Snoozeland

Proses terapi
  • Asessment/penilaian keperluan
  • Perancangan tujuan/hasil
  • Rawatan
  • Penilaian progres
Terapi Fisio
  • Dilakukan utk membantu kembangkan kemampuan motor kasar.
  • Membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya.
  • Meliputi otot-otot besar pada badan. (bejalan,berlari,melompat,menendang)
  • Tumpuan utama -pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak dengan baik
  • Aktiviti fisio terapi ( menggunakan alatan :bola )
    • Berlari ke arah bola
    • Melantun bola ke lantai
    • Membaling bola
    • Menyambut bola
    • Menggelek bola guna kaki
Terapi Cara Kerja
  • Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik
  • Kemampuan sesorang utk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada
  • Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan/kecacatan keatas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur
  • Aktiviti yg boleh dibuat
    • Menulis
    • Melukis
    • Menggunting dan menampal
    • Membutang baju
    • Mengikat tali kasut
    • Melipat baju
    • Membuat rantai manik
Terapi Pertuturan
  • Dilakukan utk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik
  • Masalah dalam menghasilkan bunyi dan ketidakupayaan memahamiatau membina ayat utk memberi idea.
  • Dilakukan kepada
    • Kanak-kanak lewat pertuturan(speech delay)
    • Bibir /lelangit sumbing
    • Kanak-kanak dgn masalah pertuturan khusus(autisma,CP,down syndrom)
    • Gagap dan sengau
    • Pesakit stroke
    • Punca masalah
      • Masalah pendengaran
      • Kognitif(daya pemikiran)/ lewat perkembangan
      • Otot lisan lemah
      • Kecacatan masa lahir
      • Masalah pernafasan
      • Kecederaan otak
      • Masalah dalam proses penelan makanan
      • Strategi pemulihan
        • Aktiviti intervensi bahasa
        • Terapi artikulasi
        • Terapi motor lisan
        • Aktiviti yang boleh dilakukan
          • Menggerakkan lidah (atas,bawah,kiri,kanan)
          • Membunyikan vokal dengan panjang
          • Aktiviti senaman muka dan mulut: menguap,mengunyah(tengah,kiri,kanan)
          • Meniup belon
          • Meniup warna air pd kertas guna straw
          • Tiup bola pingpong dlm bekas berisi air
          • ‘Tounge twister’
Terapi Muzik Dan Nyanyian
  • Menggunakan muzik utk pemulihan,pemeliharaan, dan peningkatan teraf kesihatan mental dan fizikal
  • Perubahan dr segi kognitif,sosial dan emosi dpt dicapai dengan teknik tertentu
  • Objektif terapi
    • Pengurusan T/L
    • Tingkatkn penglahiran perasaan
    • Tingkatkan harga diri
    • Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
    • Kembangkan emosi
    • Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
    • Latih pertuturan
    • Aktiviti terapi muzik
      • Membuat pergerakan mengikut lagu
      • Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan )
      • Bermain berlatar belakangkan muzik
      • Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik
      • Latihan praktikal guna alat bunyian

 Terapi Seni Visual
  • Menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk
  • Kepentingan –
    • Menyelesaikan konflik emosi
    • Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
    • Membina kemahiran sosial
    • Mengubah tingkah laku
    • Membina strategi penyelesaian masalah
    • Meningkatkan kemahirn penguasaan hidup
    • Memperbaiki kognitif, sosial, dan kemahiran interpersonal dan memperbaiki kepuasan diri.
    • Aktiviti yang boleh dilakukan
      • Catan
      • Kolaj dan asemblaj
      • Reka bentuk
      • Anyaman
      • Kraftangan
      • Pengubahsuaian alat utk jadikan benda lain
Terapi Hidro
  • Menggunakan air sebagai medium semulajadi utk meringankan/mengubah keadaan sediaada kpd yg lebih baik
  • Dilakukan dlm 3 bentuk ( padat ’ketulan ais’,cecair,wap)
  • Sesuai utk perkembangan fizikal, pergerakan motor kasar&halus serta mental
  • Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dlm air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit
  • Elemen penting dlm terapi hidro
    • Keselamatan di air
    • Apungan
    • Berenang
    • Pernafasan
    • Faedah terapi hidro
      • Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahanan badan
      • Air sejuk dapat mengurangkan radang
      • Merawat masalah pernafasan
      • Memberikan keyakinan dan motivasi
      • Merangsang pergerakan
      • Mengurangkan ketegangan otot
      • Meningkatkan kecergasan kardiovaskular
      • Langkah keselamatan
        • Aktiviti regangan sebelum masuk ke air
        • Pastikan paras air yg sesuai utk murid
        • Alatan yang sesuai digunakan
        • Pakaian yang sesuai
        • Kawalan guru yang lebih
        • Aktiviti yang boleh dilakukan
          • Regangan dan pemanasan badan.
          • Penyesuaian diri dengan air.
          • Membina keyakinan diri.
          • Menguatkan motor kasar(kaki).
          • Kawalan Pernafasan.
          • Kayuhan kaki dan imbangan.
          • Berjalan di dalam air dan apungan.
          • Berjalan sambil menguak tangan.


Terapi Pergerakan Kreatif
  • Membantu kanak-kanak meningkatkan perkembangan menyeluruh mereka
  • Memberi tumpuan kepada penggunaan sepenuhnya pancaindera yang memberi peluang kpd kanak-kanak utk meneroka persekitarannya secara semulajadi
  • Melalui pengalaman kinestatik yg diperolehi, kanak-kanak akn memperolehi pengalaman dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
  • Antara aktiviti yg boleh dilakukan
    • Gimrama
    • Tarian moden
    • Tarian tradisional
    • Pergerakan berkumpulan dan berpasangan ( cap kali cap)
    • Tiru gaya haiwan bergerak


Terapi Main
  • Membantu murid menunjukkan komitmen/kesungguhan dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan
  • Kanak-kanak secara aktif memaparkan dunia sebenar imaginasi mereka
  • Penerokaan wujud semasa bermain yang melahirkan pengalaman baru
  • Tujuan terapi main
    • Mengurangkan masalah T/L dan emosi
    • Meningkatkan komunikasi, persefahaman dan ekspresi verbal
    • Mampu menilai diri sendiri
    • Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
    • Merawat gangguan perkembangan normal
  • Perbezaan terapi main dengan bermain. Terapi main :
    • Mempunyai objektif yang ditetapkan
    • Mempunyai perancangan awal
    • Mempunyai kawalan spesifik
    • Menggunakan alatan tertentu untuk mencapai objektif
    • Mengikut masa yang telah ditetapkan

Terapi alternatif
  • Aroma terapi
  • Terapi herba
  • Terapi ozon
  • Terapi floortime
  • Terapi pasir
  • Terapi haiwan
  • Terapi snoozeland
Aroma Terapi
  • Dapat mengurangkan stres, menenangkan fikiran dan membangkitkan semangat dan ghairah.
  • Dipercayai dapat membersihkan racun/toksid dalam tubuh
  • Jenis dan manfaat aroma terapi
    • Citronella – kurangkan ketegangan,meredakan hidung tersumbat
    • Lavender – memudahkan tidur,meredakan kegelisahan
    • Teh hijau – perbaiki sistem peredaran darah,membersihkan paru-paru
    • Rose – baiki metabolisma dan sistem peredaran darah,seimbangkan hormon
    • Green apple – menyembuhkan mabuk,menguatkan sistem pencernaan
    • Lemon  kurangkan stress dan anti depresi, meningkatkan mood
Terapi Herba
  • Herba adalah segala bahan ( tumbuhan,haiwan,ikan,garam/batuan) yang mengandungi satuatau beberapa bahan aktif yang dapat digunakan utk tujuan pengubatan.
  • Mengembalikan keseimbangan tubuh dan bukan sekadar utk sembuhkan penyakit
  • Dilakukan secara sinergi (tidak berasingan,diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza dr herba yg telah digunakan)
  • Tujuan dilakukan sinergi
    • cepatkan penyembuhan
    • tambah khasiat ubat
    • kurangkan sifat kekuatan ubat
    • hilangkan efek sampingan
    • proses terapi herba
      • Release(mengeluarkan) – racun dan toksid dikeluarkan dr badan
      • Relax(merehatkan) – badan diletakkan dalam keadaan suhu yang stabil,alkali dan asid dlm tahap paling baik agar dpt bantu sistem imunisasi.
      • Regeneration(pembinaan semula) – ganti sel-sel yang mati dengan baru
      • Refunction(mengembalikan fungsi) – organ kembali berfungsi secara normal
Terapi Ozon
  • Dikenalpasti sebagai satu terapi yg amat selamat tnpa kesan sampingan
  • Berguna utk tujuan pencegahan pelbagai penyakit
  • Awalnya digunakan utk merawat luka yang dijangkiti kanser
  • Medical ozon iaitu campuran ozon dan hidrogen yang dihasilkan dlm bentuk gas digunakan.
  • Menghapuskan pelbagai virus,yis,fugus dan protozoa
  • Tujuan terapi ozon
    • Tingkatkan pertahanan badan
    • Bersihkan darah
    • Normalkan proses penghasilan hormon dan enzim
    • Kurangkan keradangan
    • Menenangkan sistem saraf
    • Memberhentikan pendarahan
Terapi Floortime
  • Menggunakan segala keupayaan kanak-kanak menerusi interaksi yang dirancang sesuai dengan sistem saraf kanak-kanakdalam suasana yang menyeronokkan
  • Mengikut kehendak dan kegemaran kanak-kanak
  • Boleh dilaksanakan oleh ibu bapa/individu dengan pengalaman yang minima dan menyeronokkan
  • Knak-kanak dapat meningkatkan dan membina hubungan yang lebih baik dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka
  • 6 peringkat asas perkembangan:
    • Self regulation and interest in the world
    • Intimacy or a special love for the world of human relation
    • Komunikasi 2 hala
    • Komunikasi kompleks
    • Emotional idea
    • Emotional thinking
Terapi Pasir
  • memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan
  • penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak lebih rileks
  • pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan
  • pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.
  • Tujuan terapi pasir
    • Melatih daya kreativiti kanak-kanak
    • Menghilangkan rasa marah
    • Percaya kepada diri sendiri utk mencipta sesuatu
    • Meningkatkan keyakinan diri
    • Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak
Terapi Haiwan
  • Haiwan peliharaan yang terdiri daripada binatang seperti kucing, anjing, burung, ikan, kuda biasanya digunakan dalam terapi ini.
  • Membantu dalam masalah psikologi, mental, emosional, lemah fizikal, kemampuan berbahasa dan bertutur serta autisme.( terapi berkuda)
  • Tujuan terapi haiwan
    • Melatih rasa tanggung jawab dan kasih sayang
    • Mengurangkan kadar kemarahan
    • Tingkatkan semangat dan belaian kasih sayang
    • Melatih kawalan emosi diri
    • Melatih sifat berdikari dan memotivasi diri sendiri
    • Tingkatkan tahap komunikasi
Terapi Snoozeland
  • Terapi stimulasi multisensori(visual,auditori,taktile,pembauan) yang digunakan utk kanak-kanak masalah mental,autisma, cedera otak dan masalah perkembangan fizikal
  • Dirancang utk memberi stimulus pada berbagai pancaindera dengan menggunakan efek lampu,suara,muzik,bau dll.
  • Suasana utk terapi ini mestilah kondusif,tenang,rekreasional dan tidak mengancam
  • Dapat membina kawalan diri yang lebih baik, peningkatan rasa percaya kepada diri dan mengurangkan stress.
  • Aktiviti yg boleh dijalankan
    • Berbaring,bermain dan memeluk bantal
    • Menikmati buaian
    • Dengar muzik instrumental
    • Buat suara lucu dgn alat khusus
    • Bermain dgn tangga/cermin
    • Perhatikan pola lampu berkelip-kelip
    • Menyelam di kolam mandi


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, October 20, 2013

BELAJAR MATEMATIK

PENGENALAN Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.

TEORI PIAGET Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2 tahun), pra-operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999), “ Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities.” "Guru sekolah rendah harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit, iaitu ketika berumur 7 hingga 11 tahun...Piaget" Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental.


TEORI BRUNER Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu: 1: Teorem Pembinaan Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit. 2: Teorem Tatatanda Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut. 3: Teorem Kontras dan Variasi
Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut. 4: Teorem Perhubungan Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain. Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.


TEORI DIENES Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi. Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu: 1: Prinsip Konstruktiviti Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik.
2: Prinsip Perubahan Perspeptual Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik. 3: Prinsip Dinamik Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep.


KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIKSetelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang. Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.


PENUTUPKanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini. Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian

x
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI


Pengenalan dan Konsep PAK

Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. 

Selain daripada itu, PAK juga lebih dikenali sebagai satu pendekatan lain iaitu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang lebih tertumpu kepada para pelajar. Program pembelajaran akses kendiri adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pengawasan dan bimbingan guru merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari. Pembelajaran akses kendiri melatih murid belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif. Pendekatan ini berasaskan persepsi bahawa hanya murid itu sendiri boleh melakukannya secara optimum. Adalah sangat penting murid menentukan strategi pembelajaran terbaik yang seusia dengan dirinya. 

Pembelajaran akses kendiri juga memerlukan persekitaran pembelajaran yang kondusif selain daripada ciri-ciri lain seperti gaya pembelajaran, minat, dan keperluankeperluan lain. Oleh yang demikian, ia dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih berdikari dan menjurus kepada sikap kendiri. Bagi mendapatkan maklum balas mengenai pencapaian dan kemajuan mereka, program pembelajaran akses kendiri menyediakan pentaksiran kendiri. Ini akan melahirkan individu yang boleh berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.

Penubuhan dan Fungsi PAK 

Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari . PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada murid. Murid dapat belajar sendiri dengan menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan guru. 

Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka, Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat memotivasikan murid ke arah sikap kendiri. PAK ditubuhkan adalah bertujuan untuk melatih para pelajar untuk lebih berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK juga berfungsi untuk mewujudkan pelajar yang berautonomi dan bertanggungjawab. Fungsi-fungsi lain PAK adalah: 

1. Bertanggungjawab dan mempunyai hak autonomi ke atas pembelajaran sendiri. 
2. Menjadikan proses pembelajaran lebih efisyen, fleksibel dan selesa di samping 
mengambilkira material dan kaedah yang sesuai mengikut kebolehan yang diperolehi. 
3. Memastikan pemilihan material dan aktiviti pembelajaran dilakukan secara meluas dan 
teratur.
4. Menyediakan kemudahan bantuan fasilitator dan material PAK untuk diakses. 
5. Pelajar mempunyai kemudahan belajar secara berkumpulan dan bersendirian. 
6. Membantu murid menilai prestasi masing-masing serta membolehkan proses 
pembelajaran mengikut tahap kemampuan tersendiri. 
7. Membantu pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif semasa proses pembelajaran.

Bahan-bahan PAK 

Prinsip pembelajaran akses kendiri menekankan kepada empat domain pembelajaran iaitu:
1. “Self-Directed” / Akses kendiri
2. “Self-Access” / Akses kendiri 
3. “Self-Asses” / Kadar kendiri 
4. “Self-Paced” / Langkah kendiri 

Self Directed adalah pembelajaran terarah kendiri di mana pelajar akan menentukan sendiri tajuk dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajari. 

Self Access adalah pembelajaran akses kendiri di mana pelajar mencari dan mendapatkan maklumat mengenai tajuk yang ingin dipelajari daripada pelbagai sumber bukan guru. Buku rujukan, majalah, CD-ROM atau internet digunakan untuk mendapatkan maklumat. 

Self Assessed adalah pembelajaran kadar sendiri di mana pelajar membuat penilaian atau penaksiran sendiri mengenai tajuk yang dipelajarinya, adakah dikuasai atau tidak. Seandainya pelajar tersebut telah menguasai tajuk tersebut maka pelajar itu akan beralih ke tajuk lain. 

Manakala Self Paced adalah pembelajaran langkah demi langkah mengikut kadar sendiri. Pembelajaran ini memberi ruang kepada pelajar untuk memantau progress pembelajaran diri (KPM, 1997). 

(a) Pembelajaran Secara Individu 
Proses pembelajaran yang berkaitan kepentingan individu terhadap pembelajaran 
(b) Pembelajaran Arah 
Kendiri Proses pembelajaran yang memerlukan tanggungjawab pelajar untuk belajar 
sesuatu pelajaran dan berkeupayaan untuk memahami sendiri. 
(c) Pembelajaran Sendiri
Proses pembelajaran yang memerlukan pelajar bertanggungjawab sepenuhnya 
tentang pelajaran mereka dan menentukan sendiri apa yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Mereka juga turut menentukan apa yang ingin dipelajari. 
(d) Penetapan Pembelajaran 
Proses pembelajaran di mana pelajar pembelajaran langkah demi langkah mengikut 
kadar sendiri. 

PERSEDIAAN GURU DAN MURID 

Tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Edward M.Anthony (1963) menyatakan bahawa kaedah adalah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan perlu berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

Pelbagai teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru, di antaranya ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbangsaran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. 

TUJUAN PERSEDIAAN
Persediaan dan Peranan Guru 

Kejayaan program pendidikan bergantung kepada kemahiran yang diperolehi dan sikap guru terhadap pendidikan. Hubungan ‘partnership’ harus dilakukan antara guru dan ibu bapa. Oleh yang demikian guru perlu: 

1. Memahami dan menghormati peranan ibu bapa/penjaga/komuniti 
- Prihatin terhadap pandangan ibu bapatentang tingkah laku anak mereka. 
- Mengambil kira pandangan ibu bapa dan peranan mereka terhadap anak-anak mereka.

2. Mempunyai Kemahiran Interpersonal dan bertindak sebagai seorang profesional 
- Bersikap terbuka dan memahami persekitaran. 
- Mengasingkan masalah peribadi dan kerja dengan efisyen. 

3. Memberi Maklumat dengan berkesan secara konsisten 
- Mengenai aktiviti dan sekolah
- Mengenai perkembangan semasa 

Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan, antaranya ialah; 

1. Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran 
2. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan. 
3. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran 
4. Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik. 
5. Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan 
teknik mengajar. 
6. Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang dipilih. 

Peranan guru ialah sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor semakin diterima. Program pembelajaran akses kendiri memerlukan guru untuk: 

1. Menggalakkan murid berinterasi sesama sendiri dalam kelas. 
2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang kepada murid menguji kemampuan mereka. 
3. Membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran

Peranan murid pula: 

1. Mengenal pasti keperluan mereka. 
2. Mengenal pasti tahap kebolehan mereka sendiri. 
3. Menetapkan matlamat pembelajaran sendiri. 
4. Mengenal pasti masa pembelajaran yang ada. 
5. Menyediakan pelan pembelajaran yang realistik. 

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat (TM) dapat dicapai dengan wujudnya pertalian erat antara Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran. Kurikulum TM digubal dalam konteks pengajaran/pembelajaran bestari dan disokong oleh pentaksiran berasas kriteria. 

Murid akan memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace) pembelajaran masing-masing. Ke arah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan pelajar. Pentaksiran berasaskan sekolah akan digunakan oleh pelajar untuk membolehkan mereka mengukur tahap penguasaan pengetahuan/ kemahiran/sikap mereka berbanding kriteria yang ditetapkan. Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan dengan tujuan untuk membolehkan pelajar memperbaiki pencapaian diri. 

Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka; daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan.

Pengajaran Berbantukan Komputer (Computer Assisted Instruction, CAI) Integrasi Bahan Kursus CAI dalam Bilik Darjah 

Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk mendapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah.

Bagi setiap topik/tajuk dalam CAI telah direka beberapa unit seperti verbal, latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan bergantung kepada kumpulan pelajar sasaran. Sebagai tenaga pengajar yang akan menggunakan komputer sebagai medium pengajaran dengan berkesan, seseorang patut tahu tentang kelebihan dan kelemahan sebuah komputer. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN


Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2  m.s. 8

·         Pendekatan – jalan yang diambil
·         Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik
·         Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan      cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN?

PENDEKATAN = APPROACH   (pp. 58)
  • A way to
  • Means of reaching
  • A way of considering/dealing with
  • e.g. a problem: a new approach

TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257)
  • Proficiency or skill in the practical art/science
  • e.g. a teacher with a good voice but poor technique
  • A way of achieving one’s purpose skillfully.
Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?

1.      Strategi Pemusatan Guru
2.      Strategi Pemusatan Murid
3.      Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?

·         Guru memainkan peranan penting
·         Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
·         Kepimpinan guru secara autokratik
·         Pencapaian objektif guru diutamakan
·         Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
·         Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
·         Interaksi di antara murid adalah pasif.
·         Kaedah keseluruhan kelas.
·         Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
·         Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?

·         Murid memainkan peranan penting
·         Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
·         Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
·         objektif pencapaian murid diutamakan
·         perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
·         Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
·         Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
·         Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
·         Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
·         Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
·         Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?

·         Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
·         Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
·         Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
·         Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
·         Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
·         Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
·         Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
·         Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor,  dsb.

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?

  • Penggabungjalinan
    • Proses penyampaian beberapa kemahiran
    • Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb.
    • Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu
    • Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
    • Ciri-ciri gabugjalin:
      • Integrasi beberapa kemahiran
      • Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
      • Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
      • Kemahiran utama menjadi fokus
      • Organisasi kemahiran fleksibel
      • Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
    • Cara mengguna gabungjalin
      • Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan
      • Kemahiran utama diberi fokus
      • Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama
      • Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran,  kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran
      • Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.
      • Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal.
  • Penyerapan
    • Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran
    • Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa.
    • Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.
    • Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan.
    • Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal.
    • Ciri-ciri penyerapan :
      • Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan
      • Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran
      • Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel
      • Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan
      • Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF?

  • Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan
  • Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
  • Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
  • Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan
  • Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
  • Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
    • Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
    • Memerhati & mengkaji – bernafas melalui insang
    • Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas.
  • Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
    • Sediakan contoh-contoh yang sesuai
    • Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
    • Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan
    • Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
    • Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
    • Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
    • Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
    • Sediakan alat bantu mangajar
    • Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh.
    • Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF?

  • Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
  • Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
  • Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
  • Proses pengajaran:
    • Prinsip/rumus
    • Kaedah deduktif
    • Aplikasi rumus/prinsip
    • Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
    • Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
    • Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/ ELEKTIK?

o   Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur
o   Gabungan pendekatan digunakan
o   Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif
o   Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik
o   Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
o   Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK?

  • Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum
  • Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan
    • kumpulan pelbagai kebolehan
    • sama kebolehan
  • Tema yang sama dibincangkan oleh
    • kumpulan pelbagai kebolehan
    • sama kebolehan
  • Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi
    • kumpulan pelbagai kebolehan
    • sama kebolehan
  • Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan
  • Membuat rumusan
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)?

  • Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap
  • Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
  • Faktor pencapaian murid:
    • Kebolehan asas
    • Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran
    • Kebolehan memahami pengajaran
    • Daya usaha pembelajaran berterusan
    • Masa pembelajaran
  • Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
  • Pilih kaedah & teknik yng berkesan
  • Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran.
  • Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
  • Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen