Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8
·
Pendekatan – jalan yang diambil
·
Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik
·
Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya
kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya ); kemahiran menyampaikan cerita;
pelbagai teknik.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN
TEKNIK PENGAJARAN?
PENDEKATAN = APPROACH (pp.
58)
- A way to
- Means of reaching
- A way of considering/dealing
with
- e.g. a problem: a new
approach
TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257)
- Proficiency or skill in the practical art/science
- e.g. a teacher with a good
voice but poor technique
- A way of achieving one’s purpose skillfully.
Apakah Klasifikasi
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?
1. Strategi
Pemusatan Guru
2. Strategi
Pemusatan Murid
3. Strategi
Pemusatan Bahan Pelajaran
APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?
·
Guru memainkan peranan penting
·
Komunikasi
sehala. Guru banyak bercakap.
·
Kepimpinan guru secara autokratik
·
Pencapaian objektif guru diutamakan
·
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan
daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
·
Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran
berbentuk mengingat/menghafal.
·
Interaksi di antara murid adalah pasif.
·
Kaedah keseluruhan kelas.
·
Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
·
Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi,
syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.
APAKAH CIRI-CIRI
STRATEGI PEMUSATAN MURID?
·
Murid memainkan peranan penting
·
Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
·
Kepimpinan guru secara demokratik.
Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
·
objektif pencapaian murid diutamakan
·
perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang (
j.e.r.i.)
·
Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan
murid.
·
Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna,
memahami & membuat kesimpulan,
·
Peluang interaksi di antara murid adalah positif
(bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)
·
Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid
dipupuk,
·
Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
·
Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan,
perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan,
sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.
APAKAH CIRI-CIRI
STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?
·
Bahan pelajaran memainkan peranan
penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
·
Komunikasi/interaksi
berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
·
Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan
pengajaran-pembelajaran diutamakan
·
Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif.
Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
·
Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
·
Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat
social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji,
projek, perbincangan dsb.
·
Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit
dengan adanya bahan-bahan pelajaran
·
Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak,
modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen,
slaid, video, televisyen, projektor,
dsb.
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN?
- Penggabungjalinan
- Proses
penyampaian beberapa kemahiran
- Kecekapan
melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna,
menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb.
- Mendengar,
lisan, membaca dan menulis secara bersepadu
- Kemahiran
matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
- Ciri-ciri
gabugjalin:
- Integrasi
beberapa kemahiran
- Prosesnya
bersepadu dan menyeluruh
- Aktiviti
dipelbagaikan dengan menarik
- Kemahiran
utama menjadi fokus
- Organisasi
kemahiran fleksibel
- Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
- Cara
mengguna gabungjalin
- Mengenalpasti
kemahiran utama & kemahiran sampingan
- Kemahiran
utama diberi fokus
- Kemahiran-kemahiran
sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama
- Kemahiran
utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua
peringkat pelajaran
- Strategi
penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif
pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.
- Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal.
- Penyerapan
- Proses
mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata
pelajaran dalam sesuatu pelajaran
- Isi matapelajaran sains dan kajian
tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa.
- Pendidikan moral, Pendidikan seni,
Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa
sebagai aktiviti sokongan.
- Geografi, Sejarah, Kesihatan dan
pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian
Tempatan.
- Penerapan Nilai murni , kurikulum
akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan
kurikulum tak formal.
- Ciri-ciri penyerapan :
- Mengandungi beberap unsur ilmu
pengetahuan
- Berbagai unsur diserapkan dalam
satu matapelajaran
- Bilangan mata pelajaran dalam
penyerapan fleksibel
- Organisasi isi kandungan - Unsur
utama dan unsur sampingan
- Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF?
- Mengumpul
dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan
- Bermula
dengan memberi beberapa contoh yang khusus
- Contoh-contoh
mempunyai prinsip yang sama
- Murid
dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk
membuat generalisasi/kesimpulan
- Matematik,
bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
- Kaedah
inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
- Contoh
kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
- Memerhati
& mengkaji – bernafas melalui insang
- Mentafsir
dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk
bernafas.
- Prinsip
Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
- Sediakan
contoh-contoh yang sesuai
- Soalan-soalan
disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
- Guru
tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari
kesimpulan
- Jenis
contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
- Contoh-contoh
khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
- Murid-murid
digalakkan memberi contoh yang sama
- Guru
tidak harus memberi contoh sekaligus
- Sediakan
alat bantu mangajar
- Penggunaan
deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh.
- Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF?
- Strategi
Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid
perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya
memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat
untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
- Bermula
daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
- Digunakan
kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
- Proses
pengajaran:
- Prinsip/rumus
- Kaedah
deduktif
- Aplikasi
rumus/prinsip
- Mendapat rumus baru, prinsip baru
dsb.
- Guru
memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
- Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/ ELEKTIK?
o Elektif
bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur
o Gabungan
pendekatan digunakan
o Menggabungkan
pendekatan indukti dan deduktif
o Banyak
digunakan dalam pengajaran sains dan matematik
o Boleh
gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
o Digunakan
dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK?
- Pokok
perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum
- Tema
dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan
- kumpulan
pelbagai kebolehan
- sama
kebolehan
- Tema
yang sama dibincangkan oleh
- kumpulan
pelbagai kebolehan
- sama
kebolehan
- Tema
yang berbeza tetapi saling melengkapi
- kumpulan
pelbagai kebolehan
- sama
kebolehan
- Selepas perbincangan, dapatan-dapatan
dibentangkan oleh wakil kumpulan
- Membuat
rumusan
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery
Learning)?
- Penguasaan,
Kemahiran , Cekap, Lengkap
- Maklumbalas
pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
- Faktor
pencapaian murid:
- Kebolehan
asas
- Kuantiti
& kualiti pengajaran/pembelajaran
- Kebolehan
memahami pengajaran
- Daya
usaha pembelajaran berterusan
- Masa
pembelajaran
- Strategi
pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
- Pilih
kaedah & teknik yng berkesan
- Nilai
hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif
berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran.
- Aktiviti
pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
- Yang
lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti
pengayaan.
0 comments:
Post a Comment